Perjanjian yang termeterai antara kumpulan teknologi VW CARIAD itu akan turut merangkumi komponen perisian dan perkakasan termasuklah penderia laser LiDAR untuk kegunaan di dalam teknologi bantuan pemandu termaju dan kenderaan swapandu menjelang pertengahan dekad ini.
CARIAD sebelum ini telah mengumumkan beberapa kerjasama teknikal sepanjang tahun 2022, termasuklah dengan Bosch, Qualcomm, dan STMicroelectronics.
Menerusi kerjasama dengan Bosch, CARIAD mahu menawarkan fungsi pemanduan bebas tangan untuk armada kenderaan syarikat itu bermula tahun 2023.
Sementara itu, Innoviz yang turut mempunyai perjanjian dengan BMW sebelum ini telah menerima pelaburan daripada nama terkemuka seperti Magna International dan Harman International, dan kini syarikat itu dinilaikan sebanyak hampir $500 juta (RM2.23 bilion).
Menurut Innoviz, teknologi LiDAR dan perisian yang digunakan pada ketika ini mampu menawarkan penglihatan yang jauh lebih baik berbanding pemandu manusia, dan mengurangkan kemungkinan ralat.
Sumber: Bloomberg