Syarikat pengeluar kenderaan tersebut, Paramount Group yang berpengkalan di Afrika Selatan kini tampil dengan Marauder Mark 2 yang telah dikemaskini, dengan rupa paras yang hampir sama.
Namun, disebalik penampilan yang gagah perkasa itu, Paramount Group telah melakukan beberapa modifikasi bagi meningkatkan tahap perlindungan daripada serangan bom dan peluru balistik.
Selain daripada itu, Marauder ini telah dipertingkatkan dari segi antaramuka pemandu yang menjadikannya lebih sesuai digunakan untuk apa jua misi yang ditugaskan.
Marauder Mark 2 juga boleh dikonfigurasikan untuk pemanduan di sebelah kiri atau sebelah kanan, serta membolehkan penukaran operasi pemanduan dibuat dalam masa kurang dua jam sahaja.
Dari segi kuasa, Marauder boleh didatangkan dengan pilihan enjin diesel Cummins yang mampu menjana 300 hp dan 1,100 Nm, atau enjin diesel MAN dengan kuasa 240 hp dan daya kilas 925 Nm, dengan had kapasiti muatan 6,000 kg dan kelajuan sekitar 100-120 km/j bergantung kepada jenis tayar.
Pada ketika ini, terdapat beberapa negara yang menggunakan khidmat Marauder seperti contoh di negara Timur Tengah, Afrika, Central Asia serta negara jiran kita Singapura.