Cycle & Carriage telah mengadakan sebuah pameran fesyen masa depan bertemakan “Fashion Forward” yang bertumpukan kepada konsep kedai gaya hidup di Pusat Membeli Belah 1 Utama bermula hari ini sehingga 30 September 2022.
Pameran kedai tersebut juga menampilkan rekaan fesyen daripada pereka tempatan seperti Outdwell, Kanoe dan Li’s Atelier. Mereka merupakan individu yang turut mempamerkan pertunjukkan rekaan pakaian semasa Mercedes-Benz Fashion Week KL 2022 dan menjadi sebahagian daripada pengalaman gaya hidup moden serta terkini untuk Cycle & Carriage.
Terdapat pelbagai rekaan pakaian berkualiti anatranya OutdWell’s menampilkan pakaian lelaki yang diinspirasikan daripada seni, filem, fotografi dan muzik. Rekaan batik moden memukau daripada Kanoe’s dan pakaian semula jadi mesra bumi yang direka dengan teliti oleh Li’s Atelier.
Melengkapkan lagi pengalaman anda, turut dipamerkan Mercedes-Benz AMG GT C untuk pengunjung sendiri melihat dan mendekati kenderaan yang bergaya dan menakjubkan ini.
Ditambah lagi dengan model dua pintu C190 GT, ia dipasangkan dengan lampu LED pada bahagian lampu depan dan belakang kereta bersama sistem pemantulan three-chamber yang terbaharu.
Dengan penambaikan dalaman dan luaran, peminat Mercedes-Benz akan dapat menikmati pengalaman yang luar biasa bersama Cycle & Carriage.
Penulis: IZRA