Honda perlihat e:N2 Concept - EV untuk pasaran China

oleh Mohamad Hanif|
Kira-kira setahun yang lalu, Honda memperlihatkan barisan model konsep berkuasa elektrik e:N yang dihasilkan khusus untuk pasaran China.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Dua daripada model tersebut, iaitu SUV elektrik e:NS1 dan e:NP1 telah pun mula dijual awal tahun ini.

Model ketiga yang bakal menembusi pasaran China diperlihatkan menerusi model e:N2 Concept, mengambil inspirasi rekaan daripada e:N GT Concept.
 

e:N


Tidak seperti dua SUV e:NS1 dan e:NP1, e:N2 Concept ini membawakan reka bentuk yang garang dengan garis badan yang tajam, serta elemen pencahayaan yang sangat futuristik.

Menurut Honda, e:N2 Concept ini tidak tergolong dalam mana-mana kategori buat masa ini, namun berdasarkan laporan daripada media China, besar kemungkinan ia dikategorikan sebagai sebuah SUV.

Honda e:N2 Concept lahir dari platform e:N Architecture F dan dikatakan mampu menawarkan pengalaman pemanduan yang unik, kestabilan yang luar biasa serta pengendalian yang tajam menggunakan teknologi dinamik Honda.
 

e:N


Untuk pasaran China, Honda merancang untuk melancarkan 10 buah EV e:N menjelang tahun 2027.

Tiga tahun selepas itu, kesemua model Honda yang dijual di China terdiri daripada model kereta hibrid atau EV, dan kesemua portfolio Honda akan terdiri daripada kereta elektrik sahaja menjelang 2040.