Idea tersebut mampu untuk direalisasikan jika wujud kestabilan dan keserasian antara kerajaan Persekutuan dan negeri, ujarnya.
Jelasnya, "ini (memajukan pengangkutan awam) satu cadangan daripada kerajaan Melaka dan sebagai caretaker kerajaan berkaitan pengangkutan, hasrat kerajaan Melaka ini kita akan diteruskan kerana ia sesuatu yang telah dibincangkan.
"Kita perlukan mandat yang lebih besar untuk mendapatkan kepercayaan pengundi agar perkara ini dapat direncanakan dengan lebih baik," katanya kepada pemberita selepas bertemu pengundi di sekitar pasar malam Lereh dan Tokong Hock Seng Keng di Tanjung Kling di sini malam tadi.
Selain daripada itu, program transformasi perkhidmatan bas henti-henti akan direncanakan semula selain memperhalusi projek Keretapi Berkelajuan Tinggi (HSR) demi kebaikan rakyat Melaka.
Sumber: Bernama