Malaysia Airlines henti penerbangan KL-Brisbane Q1 2023

oleh Mohamad Hanif|
sumber: AviationSource
Sebagai sebahagian daripada langkah rasionalisasi laluan, Malaysia Airlines akan menghentikan penerbangan terus Kuala Lumpur (KUL) ke Brisbane (BNE), Australia berkuatkuasa 27 Mac 2023.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Manakala operasi penerbangan tanpa henti dari Kuala Lumpur ke empat destinasi Australia lain (Adelaide, Sydney, Perth, dan Melbourne) akan dikekalkan, dengan menyediakan sehingga 43 penerbangan seminggu.

Pelanggan MAS yang mahu ke Brisbane boleh menggunakan perkhidmatan rakan kongsi oneworld Qantas dari Sydney dan Melbourne ke Brisbane selepas operasi penerbangan KUL-BNE ditamatkan tahun depan.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Malaysia Airlines Berhad, Kapten Izham Ismail berkata, "selepas membuat penilaian menyeluruh, kami terpaksa membuat keputusan sukar untuk menggantung operasi penerbangan ke Brisbane untuk memastikan kami beroperasi dan menggunakan armada kami pada tahap optimum, selain memaksimumkan hasil untuk setiap laluan penerbangan dalam masa yang sama berdepan dengan cabaran dari segi peningkatan kos bahan api, kadar faedah dan pertukaran mata wang asing.

Penerbangan terakhir laluan ini akan berlepas dari Brisbane ke Kuala Lumpur pada 26 Mac 2023 menerusi MH134.

Sumber: MAS

Berita Berkenaan

Berita Domestik
“Keadaan semakin pulih dan mereka mula bersambung seawal jam 7 malam hari ini. “Ramalan…
Berita Global
Jurucakap lapangan terbang itu memaklumkan kejadian ribut yang luar biasa menyebabkan operasi di…
Informasi
MAS, Air India, Qantas Australia dan syarikat penerbangan Jerman, Lufthansa adalah antara syarikat…