Dalam hantaran di laman mikroblog Twitter, beliau menjelaskan kenderaan itu telah dibeli dan diperoleh oleh Jabatan Perdana Menteri (JPM) sebelum beliau memasuki Pejabat Perdana Menteri.
“Langkah tersebut diambil kerana saya tidak mahukan sebarang perbelanjaan baru dibuat ke atas saya.
“Sebaliknya, saya telah membuat keputusan untuk menggunakan apa saja kenderaan sedia ada di pejabat untuk kegunaan harian,” katanya lagi.
Saya ingin memaklumkan bahawa semalam saya telah menolak untuk menggunakan sebuah kenderaan jenis Mercedes S600 yang telah dibeli dan diperoleh Jabatan Perdana Menteri (JPM) sebelum saya memasuki pejabat.#DemiPertiwi pic.twitter.com/aifWWUUuAH
— Anwar Ibrahim (@anwaribrahim) November 27, 2022