Bertemakan “Pulang Selamat, Keluargamu Menanti”, kempen itu dianjurkan bersama Persatuan Motosikal & Basikal Wilayah Tengah Sarawak. Ianya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran keselamatan jalan raya dalam kalangan masyarakat sebagai usaha meminimumkan kemalangan.
Kempen itu selaras dengan Matlamat HLYM untuk mengutamakan keselamatan jalan raya di kalangan pelanggan mereka dan juga masyarakat.
Kempen itu menawarkan pelbagai faedah, antaranya pemeriksaan keselamatan 8 bahagian percuma untuk semua motosikal dan nasihat percuma mengenai penyelenggaraan berkala untuk penunggang motosikal.
Selain itu, 300 pengunjung terawal akan menerima topi keledar dengan kelulusan SIRIM tajaan Aeon Credit dan KHI Helmets Industries Sdn Bhd, serta t-shirt YRSW ditaja oleh Persatuan Penjual Motosikal dan Skuter Malaysia (MMSDA) dan HLYM dan sarung tangan menunggang oleh Racing Boy (RCB).
Antara aktiviti yang diadakan pada kempen itu bermula 4 Disember hingga 9 Disember ialah :
Tarikh | Hari | Program | Tempat |
3 Disember 2022 | Sabtu | Pelancaran Kempen Keselamatan Jalan Raya dan pemeriksaan motosikal percuma | Sibu Gateway, Sibu |
4 Disember 2022 | Ahad | Kursus latihan keselamatan menunggang (SRTC) | Institut Methodist Pilley, Sibu |
5 Disember 2022 | Isnin | Yamaha Safe Riding Science (YSRS) untuk kanak-kanak | Sekolah Kebangsaan Abang Ali, Sibu |
5-9 Disember 2022 | Isnin - Jumaat | Kempen servis percuma | Pengedar Sah Yamaha Timur Malaysia |
Pelancaran kempen itu dirasmikan oleh Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak, YB Michael Tiang Ming Tee. Kempen itu turut disokong oleh rangkaian pengedar sah HLYM di Timur Malaysia.
Penulis: Ahmad Danial Yasin