Situasi kilang gergasi Tesla di Berlin huru-hara, alami masalah kekurangan pekerja

oleh Danial Yasin Suhaimi|

Tesla pada tahun ini dilihat terlalu sibuk dengan pelbagai isu dari masalah teknikal pada EV mereka, pembelian Twitter oleh Elon Musk hinggalah masalah kekurangan tenaga kerja di kilang gergasi mereka.

Isu kekurangan pekerja bukanlah suatu masalah yang boleh diambil ringan, hal ini kerana ianya melibatkan sasaran poduktiviti sesebuah syarikat dalam memastikan keterusan operasi.

Salah seorang pekerja dari Kilang Berlin yang dirahsiakan namanya telah mengutus surat kepada majalah terkenal US, Wired berkenaan situasi di kilang Gegasi itu disifatkan dalam keadaan huru-hara.

Sumber tersebut menyatakan ada pekerja yang bercuti sakit dan hanya bekerja selama beberapa minggu sahaja dalam tempoh 6 bulan.

Semenjak July 2022, laporan mengatakan jawatan kosong di Tesla telah meningkat sehingga 2 kali ganda, kilang di Berlin hanya mampu mengambil 7,000 pekerja daripada 12,000 pekerja yang dirancang.

Punca kekurangan pekerja di kilang Berlin dikatakan dari tawaran gaji yang tidak sepadan, kesatuan pekerja IG Metall mendakwa Tesla membayar gaji 20 peratus lebih rendah.

Selain itu, menurut salah seorang bekas pekerja Tesla, isu pekerja di kilang Berlin turut berpunca dari perubahan corak kerja secara tiba-tiba dan pengurusan kilang yang tidak cukup pengalaman.

 

Sumber: Wired

Berita Berkenaan

Berita Global
"Tiada 'refresh' Model Y akan keluar tahun ini", Musk berkata, sambil menambah bahawa Tesla terus…
Berita Domestik
  Pameran trak Cybertruck tersebut hanya sehingga 2 Jun 2024. Tiga sesi tersedia setiap hari…
Berita Domestik
Tesla turut menampilkan model trak futuristik sensasi mereka iaitu Cybertruck dan Model 3…