Mayat mangsa yang merupakan seorang penyelia kilang berusia 46 tahun itu ditemukan jam 5.30 petang oleh rakan-rakannya setelah menyedari beliau hilang tanpa sebarang berita.
Menurut Ketua Polis Daerah Gerik, Superintenden Zulkifli Mahmodd berkata, bapa mangsa telah membuat laporan polis berhubung kehilangan anaknya di Balai Polis Kuala Ketil jam 1.58 tengah hari semalam.
"Bertindak berdasarkan maklumat tersebut, rakan-rakan mangsa telah menjejaki mangsa di tempat kejadian dan terus melaporkan ke IPD Gerik sebaik menemui mayatnya," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.
Siasatan awal mendapati mangsa menunggang bersendirian melalui JRTB menuju ke Banjaran Titiwangsa, Gerik sebelum dipercayai gagal mengawal motosikal dan terbabas ke bahu jalan di KM22 JRTB Gerik-Jeli.
Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kemalangan itu boleh berhubung dengan Insp. Mohd Zaidi Mat Yasin di talian 013-4487374.
Sumber: Astro Awani