Sepanjang tempoh tersebut, supermini Perancis itu berjaya mencatatkan angka jualan 206,816 unit, atau peningkatan sebanyak lima peratus berbanding tahun 2021.
Volkswagen Golf masih lagi kekal dalam senarai 10 buah kereta paling laris di benua tersebut, di mana ia berada di tangga kelima di belakang Dacia Sandero (200,550 unit), VW T-Roc (181,153 unit), dan Fiat/Abarth 500 (179,863 unit).
Satu-satunya kereta berjenama Jepun berada di tangga keenam, iaitu Toyota Yaris dengan jumlah jualan 175,713 unit atau penurunan sebanyak 4 peratus berbanding tahun 2021.
Di belakang Yaris terdapat empat model lagi iaitu Opel/Vauxhall Corsa (164,358 unit), Hyundai Tucson (150,803 unit), Dacia Duster (149,648 unit) dan Renault Clio (143,561 unit).
Segmen kenderaan elektrik menyaksikan Tesla mendahului menerusi Model Y dengan jumlah jualan 138,128 unit, selain mampu memintas abangnya Model 3 di pasaran tersebut.
Secara keseluruhan, jenama Volkswagen menjadi jenama automotif nombor satu sepanjang tahun 2022 dengan jumlah jualan sebanyak 1,198,296 unit, mengalahkan Toyota di tempat kedua (766,227 unit) dan Mercedes-Benz di tempat ketiga (647,880 unit).