"Pusingan itu akan bermula hujung tahun ini, Razlan sentiasa berdedikasi daripada permulaan Program Road To MotoGP di Malaysia dan telah memberi sokongan kepada Hakim Danish dan Danial Syahmi sejak awal karier mereka," menurut kenyataan itu.
Sementara itu, Danial Syahmi, 21, berkata tajaan berkenaan membantu dalam perjalanan kariernya selain bersedia memberikan yang terbaik dalam perlumbaan musim ini.
"Saya akan memastikan diri saya kekal berdaya saing dalam kejuaraan ini," katanya.
Hakim Danish, 16, pula menjanjikan prestasi yang kompetitif bagi musim pertamanya dalam kejohanan berkenaan.
Red Bull MotoGP Rookies Cup ialah siri perlumbaan motosikal yang dipertandingkan bagi penunggang muda tidak berpengalaman dalam Grand Prix motosikal.