Tesla kini mencari pekerja di Malaysia

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Syarikat pengeluar kereta elektrik (EV) popular dari US, Tesla awal tahun ini telah mengesahkan kemasukannya secara rasmi setelah mendapat kelulusan melalui Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).
AION MREC Banner Campaign May 2024

Bukan sahaja mengimport masuk kenderaan elektrik mereka, malahan Tesla juga bakal mewujudkan rangkaian stesen pengecasan Supercharger di Malaysia.

Sudah tentu apabila sesebuah syarikat itu mula bertapak, pekerja pastinya menjadi keutamaan bagi memulakan rangkaian jualannya di Malaysia.

 

2

 

Tesla baru-baru ini telah mengeluarkan senarai jawatan yang tersedia untuk pasaran Malaysia di laman sesawang khasnya.

Berdasarkan senarai, Tesla sedang mencari pekerja untuk jawatan khidmat pelanggan, jualan, operasi, jurutera, dan juga pengecasan.

Ianya selaras dengan hasrat Tesla untuk mewujudkan membuka ibu pejabat, pusat servis, khidmat pelanggan dan rangkaian Supercharger di Malaysia.

Sumber: Tesla

 

Tags

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Tesla turut menampilkan model trak futuristik sensasi mereka iaitu Cybertruck dan Model 3…
Berita Global
Walaupun angka itu mendahului pasaran, ia diberitakan masih lebih rendah dari apa yang dijangkakan…
Berita Domestik
Beliau berkata, secara tiba-tiba sebuah kenderaan jenis Tesla telah menukar haluan dari lorong…