Cawangan di Johor Bahru itu merupakan MotoPlex kedua yang diuruskan oleh Goh Brothers Motorcycles Sdn Bhd, dengan keluasan 4,000 kaki persegi.
Keluasan itu dibahagikan kepada dua bahagian iaitu 2,700 kaki persegi untuk ruang pameran, dan 1,300 kaki persegi untuk ruang servis.
Pelanggan di Johor Bahru dan kawasan sekitar kini boleh memanfaatkan perkhidmatan yang disediakan termasuk bilik pameran menampilkan barisan model-model terkini dari empat jenama tersebut.
Selain menampilkan barisan model empat jenama tersebut, pelanggan juga boleh memilih pelbagai aksesori dan kelengkapan untuk menunggang yang turut dipamerkan di bilik pameran itu.
Ruang servis turut dilengkapi dengan peralatan terkini bagi memastikan hasil kerja terbaik, dimana semua kerja dilakukan oleh juruteknik terlatihnya bagi memenuhi kepuasan pelanggan.
Bagi peminat jenama Piaggio, Vespa, Aprilia dan Moto Guzzi, mereka boleh kunjungi MotoPlex Johor Bahru beralamat di 69, Jalan Ibrahim Sultan, Taman Stulang Laut, 80300 Johor Bahru.