"Susulan maklumat itu yang terkandung dalam dokumen JPJandora Papers, saya telah mengetengahkan perkara tersebut dalam mesyuarat pasca-Kabinet hari ini (Jumaat) dan mengarahkan penubuhan sebuah Pasukan Petugas Khas di Kementerian Pengangkutan yang turut akan dianggotai oleh Unit Integriti kementerian,” menurutnya dalam kenyataan pada Jumaat.
Menurut Anthony, pasukan itu telah diamanah menyiasat dakwaan tersebut dan mengesyorkan penambahbaikan untuk memperkasa ketelusan proses pendaftaran nombor plat klasik.