Seramai 720 orang pemilik Ducati dari enam negara Asia Pasifik termasuk China, Vietnam, Brunei, Hong Kong, Filipia dan Singapura dibawa ke Litar Antarabangsa Sepang untuk menonton dan meraikan kejayaan pasukan itu.
Selain dari konvoi sebanyak 150 jentera Ducati dari Malaysia dan Singapura, mereka diletakkan di kawasan tempat duduk Tribuna Ducati Grandstand khusus untuk Ducati.
Kolaborasi Ducati bersama gergasi seperti Shell, Monster Energy dan juga Tissot juga memberikan pengalaman yang lebih menarik kepada Ducatisti yang hadir di litar tersebut di bawah acara rasmi Ducati.