Penggunaan lampu indikasi membelok khas ini sebenarnya digunakan sebagai satu cara untuk memberitahu kepada umum kereta tersebut dilengkapi dengan sistem swapandu Tahap 3 SAE.
Sistem yang dikenali dengan nama Drive Pilot itu membolehkan kereta memandu dengan sendirinya tanpa memerlukan input daripada pemandu pada kelajuan sehingga 64 km/j - dengan syarat pemandu sedia untuk mengambil alih kawalan kereta pada bila-bila masa.
Sekiranya berlaku sebarang masalah, sistem ini diberikan keupayaan untuk menyerahkan kembali kawalan kepada pemandu.
Difahamkan, sistem Drive Pilot ini dibenarkan untuk beroperasi di dua buah negeri, iaitu California dan Nevada di mana lampu berwarna turquoise itu akan mula muncul pada model produksi S-Class dan EQS tahun 2026.
Menurut Mercedes, penggunaan warna turquoise yang terang itu dapat memudahkan mana-mana pengguna untuk mengenalpasti kereta yang dilengkapi dengan sistem swapandu aktif daripada kenderaan sedia ada dan lampu isyarat di atas jalan raya.
Baca: Mercedes-Benz pengeluar pertama dapat kelulusan sistem swapandu Tahap 3
Baca: Ciri Drive Pilot Mercedes-Benz
Baca: Mercedes sedia bertanggungjawab atas kemalangan disebabkan sistem Drive Pilot