"Myvi dipandu lelaki tempatan berusia 20-an di lorong kanan secara melawan arus. Ketika pelanggaran, pacuan empat roda terbalik di tengah jalan dan menyebabkan tiga kenderaan lain, Honda City, Toyota Vios dan Audi A3 yang datang dari arah sama tidak sempat mengelak dan melanggar kereta pacuan dan Myvi yang berada di tengah jalan.
"Akibat pelanggaran ini, pemandu Myvi cedera parah dan masih menerima rawatan di wad zon kuning di Hospital Sultanah Aminah (HSA)," katanya menerusi kenyataan pada Isnin.
Raub berkata, pemandu Myvi terbabit didapati tidak berada di bawah pengaruh alkohol dan penumpang kenderaan lain hanya cedera ringan dengan kes disiasat mengikut Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Sementara itu, menurutnya pemandu kereta lain yang terlibat dalam kemalangan itu hanya mengalami kecederaan ringan.