Di sebalik peningkatan jualan keseluruhan, angka pada Disember sebenarnya menurun 9.2 peratus kepada 213,543 unit kenderaan.
Bagaimanapun, prestasi keseluruhan di pasaran utama Kia seperti Amerika Syarikat, Eropah dan India mencatatkan jualan tahunan tertinggi.
Seperti yang diberitahu, jualan 2023 memadamkan rekod 2014 berjumlah 3,038,552 unit dengan pembahagian 2,573,352 unit di luar Korea dan baki 465,200 unit di dalam negara.
Model mana paling laris? Sportage dengan jumlah 523,502 unit dan diikuti Seltos sebanyak 344,013 unit dan Sorento di tempat ketiga berdasarkan angka 242,892 unit.
Prestasi jualan tahunan terbaik dibantu oleh pelancaran model baharu dan diperkemaskan seperti EV9, Sorento, K5 dan Carnival.
Turut membantu, peningkatan pengeluaran dan pembekalan kenderaan susulan gangguan semikonduktor yang semakin memulih.
Untuk 2024, Kia menyasarkan jualan sebanyak 3.2 juta dengan 2,663,000 unit di pasaran luar dan 530,000 unit di dalam negara. Kia turut mahu menjual 7,000 kenderaan tujuan khas.
Selain itu Kia akan menyiapkan projek pembangunan semula kilang EV AutoLand Gwangmyeong yang mengeluarkan EV3 untuk pasaran Korea dan antarabangsa.
Di dalam perkembangan berkaitan, Bermaz Auto dilaporkan bakal menawarkan Sportage dan Carens pada tahun ini.
Penulis: Muhammad Md Tajudin