"Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kapar bersama sebuah jentera dikejarkan ke lokasi kejadian.
"Kejadian melibatkan sebuah kereta dipercayai terjatuh dari tingkat tiga sebuah bangunan dan melibatkan mangsa seorang lelaki tempatan," katanya menerusi kenyataan pada Ahad.
"Siasatan mendapati kereta jenis BMW itu hilang kawalan dan melanggar dua buah kenderaan lain iaitu Perodua Myvi dan Proton Persona di ruangan parkir di tingkat tiga bangunan terbabit. Katanya lagi, mangsa yang berumur 40 tahun itu bagaimanapun hanya mengalami kecederaan ringan susulan kejadian.
"Mangsa dibawa untuk rawatan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang sebelum pihak bomba tiba di lokasi kejadian.
"Setakat ini punca kejadian masih dalam siasatan," katanya. Kes masih dalam siasatan lanjut di bawah Seksyen 45A (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
"Saksi atau orang ramai yang mempunyai maklumat diminta membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam, Inspektor Muhammad Hasrul Suhiami di talian 011-31215697," katanya.