Dia berdepan dengan 27 pertuduhan, di mana 24 daripadanya melibatkan suapan sebagai penjawat awam, dua kes rasuah, serta satu tuduhan kerana menghalang undang-undang.
Menteri tersebut turut dituduh mendapatkan tiket masuk ke Grand Prix Singapura, perlawanan bola sepak dan pertunjukan di UK daripada Ong Beng Seng, salah seorang taikun terkaya di negara itu.
Menurut laporan CNBC, Iswaran telah mendapatkan sebanyak 116 tiket masuk ke GP Singapura antara tahun 2016 dan 2022, dengan nilai berjumlah S$347,152.10 (RM1.2 juta).
Ong Beng Seng merupakan insan yang bertanggungjawab memperkenalkan kembali sukan Formula 1 ke Singapura pada tahun 2008.
Pada tahun 2002, beliau telah memperoleh hak untuk menganjurkan GP Singapura sehingga tahun 2028.
Biro Siasatan Amalan Rasuah (CPIB) sebelum ini telah menahan Ong Beng Seng pada 11 Julai lalu bagi membantu siasatan.
Sementara itu, pejabat Perdana Menteri (PMO) Singapura mengumumkan perletakan jawatan S Iswaran sebagai Menteri Pengangkutan pada Selasa lepas.