Perkhidmatan eksklusif dengan BMW i7 itu akan dibuka secara eksklusif kepada penumpang Enrich Platinum, Business Suite dan Business Class, di mana ia ditetapkan untuk bermula dari 1 Februari 2024.
Penambahan perkhidmatan tersebut akan berjalan sebagai perkhidmatan 24 jam bersama pemindahan Bas Premium sedia ada syarikat penerbangan itu.
Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Aviation Group (MAG), Ahmad Luqman Mohd Azmi berkata "Dengan perkhidmatan eksklusif ini, kami berhasrat untuk meningkatkan pengalaman perjalanan untuk pelanggan peringkat teratas kami dan memastikan mereka dapat menikmati keselesaan premium sebagai sebahagian daripada pengalaman pelanggan hujung ke hujung mereka."
Beliau turut berkata bahawa perkhidmatan pemindahan terminal persendirian itu tersedia sehingga perkhidmatan aerotrain di KLIA disambung semula sepenuhnya.
Sebelum ini, perkhidmatan pemindahan terminal persendirian hanya tersedia dari tempat pengambilan yang terletak di pintu G1 bangunan terminal utama ke bangunan satelit.
Dengan penambahan barisan BMW i7 dalam rangkaian Malaysia Airlines, perkhidmatan itu akan diperluaskan untuk mengambil penumpang di bangunan satelit ke bangunan terminal utama juga.
Sumber: New Straits Times