Acara MANTAP 2023 itu diadakan pada penghujung tahun 2023 di MAN Pelabuhan Klang dan dihadiri seramai lebih 60 orang terdiri daripada pemandu trak, pemilik syarikat pengangkutan dan peminat trak.
Acara pandu uji ini memberi peluang kepada pemandu trak untuk memandu uji penggerak utama MAN TGS berkuasa Euro V yang baharu.
Melalui acara ini juga, para pemandu berpeluang untuk melihat dengan lebih dekat dan memahami kelebihan jenama MAN dari Jerman itu.
Pengarah Urusan MAN Malaysia Andrew O’Brooks berkata, “Kami di MAN percaya bahawa pemandu memainkan peranan penting dalam keputusan pembelian trak bagi sesebuah organisasi perniagaan.
“Maka itu, kami mahu melibatkan mereka dan memastikan keperluan pemanduan mereka diambil kira.” katanya.
Selain daripada acara pandu uji, para peserta berpeluang mengambil bahagian dalam pelbagai cabaran seperti membuat parkir secara selari, mengangkat cab dan pelepasan tayar ganti.
Beberapa pengunjung memberi reaksi yang positif pada acara MANTAP 2023 itu yang dianjurkan khas untuk pemandu dan peminat track.
Abdul Rahim Kodir dan rakannya dari Jerantut, Pahang merupakan peminat trak dan bakal memulakan kerjaya baharu sebagai pemandu trak gembira dengan peluang untuk melihat dan mendekati MAN TGS baharu.
“Kami suka dengan reka bentuk trak dan kabinnya yang ringkas tetapi luas,” beliau berkata.
Selain itu, pemandu trak Zulbari Awang yang belum pernah memandu trak MAN telah menyertai pandu uji semasa MANTAP 2023 untuk merasai pengalaman sendiri pengalaman trak MAN.
Beliau berkata “Saya suka enjinnya yang berkuasa dan transmisi trak yang lancar. Sistem suspension MAN TGS yang baharu sangat selesa dan badan anda tidak akan berasa sengal dan sakit selepas memandu lama,”
Tambahan itu, Pemandu bas bandar, Wan Mohd Adib Wan Hussein, juga berhasrat untuk beralih kepada kerjaya baharu sebagai pemandu trak dan telah merebut peluang untuk melihat MAN TGS baharu dari dekat.
“Saya suka Trak MAN yang memiliki daya pecutan dan tork yang sangat baik dengan tindak balas pendikit yang pantas serta pemanduannya sangat lancar dan berkuasa.
“Saya berhasrat untuk memohon pekerjaan dengan syarikat yang mempunyai MAN TGS baharu dalam kumpulan kenderaan mereka,” katanya.
Marrapan a/l Kandasamy yang memandu trak sejak 32 tahun lalu, datang dari Bentong, Pahang untuk acara MANTAP turut berkongsi pengalaman beliau sewaktu memandu MAN TGS 6x4 generasi terdahulu untuk membawa kayu balak dari kawasan pendalaman.
“Trak ini berkuasa dan boleh dipercayai. Ia membolehkan saya menyeberangi sungai dan kawasan yang paling sukar walaupun dalam keadaan cuaca yang paling mencabar.
“Penggunaan bahan api dan kos penyelenggaraan juga rendah. Sistem retarder termaju bermakna saya hanya menggunakan 5% brek sepanjang pemanduan!”katanya.
MAN Malaysia kini sedang merancang untuk menganjurkan lebih banyak acara MANTAP pada tahun ini.