Pengarah Serantau Tesla Isabel Fan membayangkan bahawa syarikat itu sedang merancang untuk membuka Pusat Tesla di lokasi lain di seluruh negara.
Walaupun masih tiada perutusan rasmi dikeluarkan, namun kini terdapat beberapa tanda bahawa Tesla mungkin ingin mengembangkan jejaknya ke arah bahagian Selatan dan Utara Semenanjung Malaysia.
Apa yang lagi jelas tentang perkara tersebut, terdapat beberapa senarai jawatan dan pekerjaan baharu serta lokasi di dalam laman web Tesla Careers.
Antara yang tersenarai adalah jawatan Tesla Advisor (TA) untuk negeri Johor manakala di Pulau Pinang, Tesla sedang mencari Juruteknik Kenderaan serta bahagian Jualan & Sokongan Pelanggan syarikat yang dipanggil Asset Lite/Lead Sales Mobile.
Selain itu, beberapa hari lalu melalui laman media sosial Instagram rasmi Tesla Malaysia, ia turut seolah-olah memberi petunjuk awal untuk sesuatu perkara.
Buat masa kini, Selain menjadi satu-satunya pusat penghantaran dan servis Tesla di Malaysia, Tesla Centre Cyberjaya juga berfungsi sebagai Pusat Pengalamannya.
Selain di Cyberjaya, Tesla juga telah menubuhkan satu lagi Pusat Pengalaman di Pavilion Damansara Heights.
Manakala bagi infrastruktur pengecasan, Tesla Supercharger kini boleh didapati di Pavilion KL, Sunway Pyramid, Tesla Service Centre Cyberjaya, Freeport A’Famosa Melaka, dan Sunway Bigbox Iskandar Puteri Johor.
SUMBER : SoyaCincau