KPDN Sarawak sita kapal berisi diesel bernilai lebih RM900,000

oleh Penyumbang Rencana|
gambar dari KPDN Sarawak
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Sarawak menyita sebuah kapal berisi diesel bersubsidi bernilai RM924,500 di kawasan Laut Barrange, Sungai Sarawak yang cuba diselewengkan, pada Isnin.

Pengarah KPDN Sarawak Matthew Dominic Barin berkata sitaan itu hasil daripada serahan kes yang dijalankan oleh Pasukan Marin Polis Wilayah 5 pada 10.30 pagi.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

“Hasil pemeriksaan KPDN, minyak diesel dengan anggaran sebanyak 430,000 liter yang bernilai RM924,500 telah ditemukan, menjadikan jumlah keseluruhan rampasan terbabit dianggarkan RM5 juta.

“Dua lelaki juga turut ditahan, masing-masing seorang rakyat tempatan dan seorang warga Myanmar,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata kes kini disiasat di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 kerana memiliki barang kawalan berjadual dalam keadaan yang menimbulkan syak munasabah untuk melakukan kesalahan.

 

Bernama

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Pengarah KPDN Kedah, Muhammad Nizam Jamaludin berkata, mereka ditahan dalam serbuan dilakukan jam 1…
Berita Domestik
"Berdasarkan statistik, jumlah tahun ini meningkat berbanding tahun lalu hanya tujuh kes sepanjang…
Berita Domestik
Pengarah KPDN Kelantan, Azman Ismail berkata, pada masa sama pihaknya turut menahan dua lelaki…