Mengikut spesifikasi, ia dibekalkan dengan nadi 2 silinder bersesaran 399 cc sejukan cecair dengan janaan kuasa 46 PS @ 9,000 rpm dan daya kilas 38 Nm @ 7,500 rpm.
Kuasa itu disalurkan kepada roda belakang menerusi transmisi enam nisbah kelajuan.
Rupa paras NX400 ini adalah menyamai apa yang ditawarkan pada NX500 yang terdapat di pasaran global.
Sistem gantungan terdiri daripada fork teleskopik di hadapan, diikuti dengan lengan ayun Pro-Link di belakang, sementara sistem brek pula menggunakan cakera berkembar untuk roda hadapan dan cakera tunggal untuk roda belakang.
Aspek tunggangan dibantu dengan ciri Honda Selectable Torque Control (HSTC), diikuti dengan skrin paparan TFT lima inci berwrana penuh dan sokongan aplikasi Honda RoadSync.
Honda NX400 2024 ini mempunyai kapasiti tangki bahan api sebesar 17 liter, berat sekitar 196 kg dan ketinggian pelana 800 mm.
Terdapat dua warna pilihan iaitu Pearl Glare White dan Matte Ballistic Black Metallic.
Harga jualan bermula dari 819,000 yen (RM26,055) di pasaran Jepun.
Untuk info, Honda NX400 ini merupakan nama baharu bagi menggantikan model 400X yang telah muncul sejak tahun 2013 lagi.