Aion akan berkolaborasi dengan Indomobil Group yang berpengkalan di Jakarta untuk memasang EV di negara itu dan juga untuk membangunkan rantaian bekalan bagi komponen kenderaan tersebut.
Aion bagaimanapun tidak memberikan sebarang perincian tentang pelaburan mereka di Indonesia.
Kilang EV pertama mereka di Asia Tenggara sebenarnya akan hanya mula beroperasi pada suku ketiga tahun ini bila fasa pertama pembinaannya selesai.
Kilang di Thailand itu akan mempunyai sasaran pengeluaran tahunan sebanyak 50,000 unit kenderaan selepas fasa kedua pembinaan terbina.
Aion ditubuhkan oleh GAC Group dalam tahun 2017 dan ia adalah rakan kongsi Toyota dan Honda di China.
Di Malaysia, ia telah mempamerkan Aion Y Plus pada bulan Januari lepas dan kelibat model Aion ES EV juga sudah kelihatan di jalan raya tempatan.
Aion juga adalah pengeluar EV ketiga terbesar di China, selepas BYD dan Tesla. China mempunyai lebih dari 200 syarikat yang mempunyai lesen untuk menghasilkan EV.
Laporan lengkap di South China Morning Post.