Aidilfitri 2024: PJ Selangor kerah 382 pegawai untuk musim Hari Raya

oleh HEZERI SAMSURI|
Seramai 382 orang pegawai dari JPJ Selangor telah dikerah untuk bertugas dalam operasi khas sempena Hari Raya Aidilfitri dari 1 hingga 20 April.

Pengarah JPJ Selangor, Azrin Borhan berkata kerahan tenaga itu dilakukan demi menjamin kelancaran perjalanan mereka yang mahu memandu pulang ke kampung dan juga untuk memastikan keselamatan di jalan raya terjamin.
AION MREC Banner Campaign May 2024

Sembilan kesalahan trafik akan diberikan fokus khusus, termasuk memandu melebihi had laju, melanggar lampu isyarat merah, menggunakan telefon bimbit semasa memandu, memotong barisan dan memandu di laluan kecemasan.

Pemeriksaan teknikal untuk bas-bas juga akan dilakukan di depoh bas bagi memastikan keselamatan penumpang.

Laporan penuh di The Star.

 

 


 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Kalau kita tengok tadi, ada sebuah kenderaan Honda City yang ditahan, hasil siasatan mendapati dia…
Berita Domestik
"Dalam pemeriksaan di Taman Arowana, JPJ menyita sebuah lori dipandu lelaki Pakistan malah dia…
Informasi
"Bidaan akan diadakan selama lima hari secara dalam talian di Sistem JPJeBid bermula hari ini dan…