Touch ’n Go telah menyumbang RM30,000 dalam bentuk baucar beli-belah kepada 80 individu memerlukan yang terdiri daripada keluarga B40 di Lembah Pantai.
Setiap penerima menerima RM300 untuk perbelanjaan membeli-belah sebagai persiapan menyambut Hari Raya.
Syarikat bersama Pejabat Ahli Parlimen Lembah Pantai turut menganjurkan lawatan membeli-belah bersama 30 daripada penerima manfaat membeli pakaian Hari Raya mereka.
Memeriahkan majlis itu ialah Ahli Parlimen Lembah Pantai yang juga Menteri Perhubungan, Fahmi Fadzil, diiringi Ketua Pegawai Eksekutif Touch ‘n Go Sdn Bhd, Praba Sangarajoo.
Hadir bersama, Ketua Pegawai Pembangunan Korporat Touch ‘n Go Sdn Bhd, Lum Joy Deng, Ketua Pegawai Penerangan Touch ‘n Go Sdn Bhd, Mohd Sharizan Harun; serta Ketua Pegawai Operasi TNG Digital Sdn Bhd, Mohd Herman Sarbini.
Sukarelawan daripada Kumpulan Touch ‘n Go turut hadir untuk membantu para penerima dengan membeli-belah mereka.
Touch ‘n Go telah memupuk semangat kemasyarakatan yang kuat dan menyumbang dalam pelbagai cara kepada masyarakat di Lembah Pantai semasa musim perayaan Ramadan dan Hari Raya.
Ini termasuk menganjurkan jamuan berbuka puasa di masjid, serta menyumbang kepada penyediaan dan pengagihan bubur lambuk, dengan kakitangan Kumpulan meluangkan masa mereka untuk membantu persiapan.
Tambahan itu, Touch ’n Go juga telah menyediakan kotak infaq untuk keluarga terutamanya yang memerlukan.