Anak muda Malaysia pakar suspensi bertaraf dunia

oleh Careta.my|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Apabila kita bercerita tentang kenderaan berprestasi tinggi, pasti antara soalan yang dikemukakan ialah “handling okay ke bro?” Sememangnya, kita semua sedia maklum bahawa zaman Proton Iswara dimasukkan enjin 4G63T dengan kuasa kuda mencecah 300 hp dan cuma laju pada jalan lurus tetapi bersepah bila tiba di selekoh sudah lama berlalu. Sekarang ini, kereta bukan sahaja perlu laju, tetapi mempunyai pengendalian di selekoh yang baik. Sayangnya, sistem suspensi bukan seperti enjin - boleh dikacuk dan dikahwinkan semudah itu. Sistem suspensi perlu mempunyai kepakaran yang tinggi. Mekanik anda mungkin mahir membuat set-up untuk perlumbaan, tetapi untuk pemanduan seharian, bergetar gigi dan hancur tulang akibat suspensi yang terlalu keras. Ada yang mengalami understeering yang kuat, ada yang mempunyai masalah bump steer yang ketara tetapi bila ditanya, semuanya bagus. Sistem suspensi sangat bergantung kepada kehendak pemandu dan talaan sering dilakukan mengikut kata pemandu, bukan mekanik. Jika mekanik yang memaksa kita menerima talaan mereka, jangan dibayar upahnya. [caption id="attachment_6555" align="aligncenter" width="620"]Gambar hiasan Gambar hiasan[/caption] Kerana itu, pakar suspensi di syarikat kenderaan sangat-sangat dihargai. Malah sehingga kini, masih ada syarikat kenderaan yang terkial-kial dalam bab pengendalian kerana kurang kemahiran. Sedar atau tidak, Proton ialah salah satu syarikat kenderaan yang sering dipuji dari segi pengendalian. Malah cerita seperti ketua jurutera dari Jepun yang memaksa anak buahnya turun dan belajar bagaimana jurutera Proton mampu menghasilkan suspensiyang jauh lebih baik dari jurutera Jepun sendiri sudah beberapa kali didengar dan dilihat. Mungkin itulah faedahnya mempunyai Lotus, tetapi pengalaman penulis, ia memerlukan lebih dari transfer of knowledge (pemindahan pengetahuan) dari Lotus ke Proton. Jurutera Proton sendiri mempunyai keyakinan dan minat untuk menyelidik dan memahami apa itu suspensi yang mantap tetapi masih selesa untuk kegunaan harian. Antara mereka yang pernah bekerja sebagai jurutera bahagian pengendalian dan suspensi ialah Syammim Noori Arifin. Pic4 Berusia 37 tahun dan berasal dari Shah Alam, Selangor, Syammim mendapat pendidikan dari Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK) sebelum terbang ke Amerika Syarikat untuk mengambil jurusan Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal dari Kettering University of Michigan. Ayah kepada empat orang anak ini (Aishah, 12, Hannah, 11 dan Zahra 5 dan Mateen, dua bulan) mempunyai hobi berbasikal bukit (mountain bike) dan bermain go-kart. Syammim kini bertugas di syarikat perunding automatif bertaraf antarabangsa - magna Steyr Engineering dan beliau ditempatkan di Shanghai, China. Beliau ialah antara beberapa anak tempatan yang bekerja di dalam syarikat tersebut, dan kesemuanya berasal dari Proton. Di bawah ialah temuramah Careta bersama Syammim yang pulang bercuti baru-baru ini. jawapan tersebut ditulis sendiri oleh Syammim, menunjukkan beliau sebenarnya berkebolehan dalam bidang penulisan!   Bagaimana anda boleh menjadi jurutera pengendalian kenderaan? Pendedahan pertama saya kepada bidang ride & handling bermula seawal tahun kedua di universiti sewaktu menjalani latihan praktikal di pusat teknologi syarikat tayar terkemuka Goodyear di Akron, Ohio. Kebetulan saya ditempatkan di jabatan dinamik tayar di mana saya belajar asas-asas ride & handling dari perspektif prestasi tayar pada kenderaan. Di jabatan tersebut juga terdapat sekumpulan test driver yang kerja mereka saban hari memandu pelbagai jenis tayar eksperimental dan dari pesaing Goodyear dimana maklumbalas subjektif dari mereka merupakan input penting untuk proses kejuruteraan tayar yang selanjutnya. Di satu peringkat latihan bersama Goodyear juga saya telah dihantar ke kilang Goodyear di Malaysia bertempat di Seksyen 15 Shah Alam. Sewaktu itu, di sekitar tahun 1999, Proton yang merupakan salah satu klien Goodyear Malaysia sedang dalam proses membangunkan model Waja. Saya sebagai pelatih telah terlibat secara langsung dalam kerja-kerja tuning model tayar Goodyear NCT5 yang ketika itu baru diperkenalkan khas untuk model Waja. Proton-Impian_2006_1280x960_wallpaper_02 Di dalam satu mesyuarat dengan Proton, saya berpeluang bertemu jurutera-jurutera Proton dari jabatan Chassis yang diwakili oleh seorang pakar dari Lotus UK En. Nigel White sambil diiringi En Abdul Wahab Long. Mereka semua adalah pakar-pakar yang terlibat untuk projek Waja dan juga yang lebih penting lagi proses pemindahan teknologi ride & handling dari Lotus Engineering UK ke Proton. Ini membuka mata saya bahawa kerja-kerja pembangunan chassis Proton dilakukan secara lokal oleh pasukan tempatan. Bertitik tolak dari mesyuarat kecil tersebut, saya telah menyimpan azam untuk berkecimpung dalam bidang itu bila saya mula bekerja untuk Proton (saya merupakan seorang penerima biasiswa Proton ketika itu dan sebagai syarat biasiswa harus berkhidmat untuk Proton selama sekurang-kurangnya tujuh tahun). Namun sebaik menamatkan unversiti, saya telah ditempatkan di makmal Strength Proton di mana saya khidmat saya tertumpu kepada bidang prestasi ketahanan struktur (body dan sistem suspensi) dan instrumentasi. Namun selepas tiga tahun, saya memohon untuk ditukarkan ke seksyen Ride & Handling di jabatan Chassis memandangkan minat saya yang mendalam di bidang tersebut (dan juga saya suka memandu tak kurang gemar terperuk dalam makmal sambil menghadap kerja-kerja soldering strain gauge untuk instrumentasi). Di seksyen Ride & Handling, saya telah berkhidmat lebih enam tahun dan terlibat dalam pelbagai projek Ride & Handling model-model Proton sehinggalah saya menamatkan perkhidmatan pada tahun 2012. [gallery size="full" ids="6545,6548,6544"] Apakah tugas sebenar jurutera pengendalian kenderaan?  Sebagai jurutera R&H, tanggungjawab utama saya adalah untuk mengendalikan program suspension tuning. Skop program pula berbeza-beza, bergantung kepada skala projek yang terlibat. Model facelift contohnya, mungkin terhad kepada tuning absorber dan tayar sahaja. Tapi untuk model serba baharu, skop R&H akan merangkumi lebih banyak proses dari peringkat benchmarking dan target setting, penentuan jenis suspensi dan titik hardpoint, tuning spring, anti roll bar, sistem steering, bushing, absorber dan tayar yang biasanya melibatkan dua ke tiga peringkat dan boleh memakan masa hingga dua tahun. Adakalanya kerja saya juga melibatkan prestasi sistem brek foundation, brek ABS, sistem kawalan kestabilan dan sistem-sistem lain yang melibatkan prestasi R&H seperti sistem traction control, pacuan 4 roda, prestasi differential dan sebagainya. Sebahagian besar proses yang terlibat berkisar dari penilaian subjektif yang saya lakukan sewaktu memandu, namun ada juga bahagian objektif yang melibatkan proses pengukuran parameter penting seperti G-level maximum sewaktu membelok, laptime, braking distance, sudut olengan dan pelbagai parameter R&H yang lain.   Pic3 Kerja R&H juga ada overlap atau sangkut paut dengan prestasi NVH, enjin dan transmisi, homologasi, ergonomic dan sebagainya jadi saya juga secara tidak langsung harus memberi maklumbalas subjektif dan objektif untuk bahagian-bahagian ini. Saya juga harus cekap mengintepretasi data-data dari simulasi computer dan ujian pengukuran kinematic & compliance dan ujian dinamik untuk membantu tugasan tuning. Bergantung kepada permintaan, saya juga mengendalikan kelas pemanduan advance driving yang menjurus kepada penilaian subjektif dan pemanduan objektif menurut standard ISO (steady state cornering, double lane change, step steer, frequency response dan sebagainya – samada secara manual atau menggunakan robot steering). Apa pun tugasan R&H, saya harus meluangkan banyak masa untuk memandu kenderaan yang diuji di dalam pelbagai maneouvre dan di atas bermacam jenis permukaan jalan (termasuk permukaan basah, salji dan ais) untuk memahami dan merancang penambahbaikan seterusnya kepada system chasis yang diuji. Di mana anda sedangbekerja sekarang dan bila ianya bermula? Sejak Julai 2014, saya berkhidmat dengan Magna Steyr Engineering di Shanghai, China sebagai jurutera pakar. Sebelum itu saya berkhidmat di Benteler Engineering Services China selama setahun lebih sebaik sahaja menamatkan perkhidmatan di Proton. Kenderaan yang anda pernah tala sistem suspensinya? Proton:
  • Proton Saga BLM (Generasi pertama)
  • Proton Saga BLM FLX
  • Proton Saga BLM FLX SE
  • Proton Preve
  • Proton Suprima S (peringkat prototype)
  • Proton Exora V6 (tidak dilancarkan)
Chery:
  • Chery Arrizo 3 (Sedan kecil)
  • Chery Arrizo 5 (Sedan sederhana-peringkat prototype)
  • Chery Tiggo 5 (SUV)
Geely: 2010_Emgrand_EX8_001_7905
  • Geely Emgrand EX8 (SUV 2WD dan 4WD)
  • Geely FE-6 (Sedan pengganti Geely EC8 - dalam pembangunan)
Changan-Ford:
  • Changan-Ford I06 (Sedan-dalam pembangunan)
Fiat Chrysler:
  • Jeep Renegade (SUV-lokalisasi pasaran China)
FAW:
  • FAW R020 (MPV - peringkat prototype)
  Nasihat anda untuk mereka yang mahu melakukan modifikasi sistem suspensi? Untuk mereka yang gemar mengubahsuai sistem suspensi, pastikan tahap keselamatan sentiasa terjamin. Ini kerana keseimbangan pengendalian kereta agak sensitif kepada perubahan pada sistem suspensi. Contohnya, wheel alignment atau perjajaran roda yang lari dari spesifikasi asal. Perubahan kecil pada sudut toe sebagai contoh sudah cukup untuk mengurangkan tahap understeer sesebuah kereta dan menjadikannya kurang stabil sewaktu mengambil selekoh atau menukar lorong dengan cepat. Perkara yang sama harus diambil kira sewaktu mengubah suai kekerasan spring, anti roll bar, saiz tayar, offset roda, spesifikasi absorber, jarak lega absorber dan seumpamanya. Semuanya akan memberikan kesan kepada tahap keselematan, sama ada disedari atau tidak. Mungkin dalam julat pemanduan normal, handling akan lebih mantap, tetapi di julat pengendalian tinggi, kereta akan lebih mudah hilang cengkaman. Perubahan yang mudah untuk meningkatkan prestasi ride & handling adalah dengan menggunakan tayar berkualiti tinggi. Jika ada bajet lebih, bolehlah menggunakan absorber after market yang masih lembut tapi memberikan lebih kawalan kepada pergerakan body kereta sewaktu membelok.   [gallery size="large" columns="2" ids="6551,6550"] Spring standard amnya masih mencukupi jika keselesaan ride masih menjadi keutamaan sewaktu memandu. Jika kereta digunakan untuk track day atau pemanduan sporty di hujung minggu (tanpa menghiraukan pengurangan keselesaan ride), bolehlah melabur untuk set spring dan absorber yang lebih keras dan anti roll bar yang lebih besar. Jika ride height direndahkan, pastikan kelegaan absorber adalah cukup untuk ruang pergerakan sewaktu mengambil selekoh di atas permukaan tidak rata (contohnya jika melanggar kerb yang tinggi di litar lumba). Apa pun perubahan yang dibuat, pastikan kereta dipandu secara konsisten dari segi jalanraya yang digunakan, kelajuan kereta, beban dan dari segi pemanduan agar perubahan pada prestasi ride & handling dapat dinilai seobjektif yang mungkin tanpa pengaruh faktor luaran seperti cuaca, trafik, kelajuan yang berbeza-beza dan seumpamanya. Careta ingin mengucapkan setinggi penghargaan kerana sudi meluangkan masa bersama Careta dan juga berkongsi pengalaman bersama pembaca Careta. Terima kasih juga kerana mengharumkan nama negara di mata dunia. Walaupun Syammim bukan lagi bertugas dengan Proton, tetapi beliau ialah hasil produk Proton dan negara yang membawa nama Malaysia ke mata dunia. Syabas Syammim!   Penulis: Hezeri Samsuri Gambar: Syammim