Kawasaki ZX10-R 2016 padat dengan teknologi lumba - RM104,589

oleh Careta.my|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024
Kali terakhir motosikal sports Kawasaki ZX10-R diberi peningkatan menyeluruh adalah pada tahun 2011 dan kini model tersebut kembali menunjukkan taring dengan perubahan lebih meluas. ZX10-R adalah nama yang besar dalam dunia perlumbaan termasuk Kejuaraan Dunia Superbike (WSBK), dan untuk model 2016 ini, input daripada pelumba terutamanya Jonathan Rea dan Tom Sykes diambil penting untuk pembangunan model produksi jalanan (street). Jika anda melihat penampilan ZX10-R baharu ini, ia tidak lah begitu garang berbanding pesaing lain dalam kelasnya tetapi apa yang lebih difokuskan oleh Kawasaki adalah prestasi motosikal ini, dengan hampir keseluruhan bahagian mekanikal diubah untuk pakej prestasi tertinggi. Kawasaki ZX10R launch-11 Enjin
  • 'Cylinder head' dan 'crank' baharu (20 peratus lebih ringan)
  • Pengurangan inertia (enjin dapat berputar lebih cepat)
  • Pengurangan kelajuan (decelerating) juga boleh dilakukan lebih pantas
  • salur kemasukan pada 'cylinder head' lebih lurus dan lebar (lebih banyak kandungan minyak dan udara yang boleh masuk, seterusnya menyumbang kepada lebih kuasa
  • Salur ekzos pada 'cylinder head' lebih lurus dan lebar (pengeluaran gas lebih cekap)
  • injap titanium lebih ringan
  • salur penyejukan lebih besar
  • profil cam diperbaiki
  • piston lebih pendek dan ringan
  • kotak udara dua liter lebih besar
  • penapis udara lebih besar dan mempunyai kadar pengaliran lebih tinggi
Kawasaki ZX10R launch-12 Ekzos
  • 'header' titanium
  • tiga 'catalyzer' untuk membantu ia melepasi tahap emisi Euro4
  • 'silencer' juga titanium
Kawasaki ZX10R launch-3 Elektronik
  • pengawal utama adalah Unit Pengukur Inertia (IMU) Bosch yang dapat mengetahui keadaan motosikal seperti kecondongan ke kiri, kanan, hadapan dan belakang
  • data yang diperolehi oleh IMU kemudiannya dikira dan disampaikan kepada sistem lain
  • Sport-Kawasaki Traction Control (S-KTRC)
  • Kawasaki Launch Control Mode (KLCM)
  • Kawasaki Intelligent Anti-lock Brake System (KIBS)
  • Kawasaki Quick Shifter (KQS)
  • Kawasaki Engine Brake Control (KEBC)
  • Damper stereng elektronik Ohlins
  • Pilihan mod tunggangan baharu
Kawasaki ZX10R launch-6 Lengan ayun (swingarm)
  • 15.8mm lebih panjang
Kawasaki ZX10R launch-13 Suspensi
  • Fork hadapan 43mm Balance Free Front Fork Showa (sama seperti motosikal lumba dan pertama kali digunakan pada motosikal produksi)
  • lebih selesa, lebih stabil semasa membrek, lebih 'rasa',
  • boleh laras untuk tekanan dan lantunan
  • setiap satu fork mempunyai knaister nitrogen mampat di bawahnya
  • penyerap belakang Balance Free Rear Cushion (BFRC) Showa
  Brek
  • Brembo M50 cast aluminium Monobloc, cakera berkembar 330mm dan hos braided steel di hadapan
  • cakera ini 20mm lebih lebar dari model sebelum ini
  • cakera 220mm, angkup satu piston dan hos braided steel di belakang
Kawasaki ZX10R launch-15 Aerodinamik
  • fairing atas lebih besar
  • perlindungan angin lebih baik
  • salur udara di tepi cermin hadapan untuk mengurangkan tekanan udara negatif
SPESIFIKASI Kawasaki ZX10-R 2016 Enjin: 998cc empat silinder sebaris, DOHC, 16 injap, penyejukan cecair Gerek dan lejang: 76.0 x 55.0mm Nisbah mampatan: 13.0:1 Kuasa maksimum: 207hp @ 13,000rpm Tork maksimum: 114Nm @ 11,500rpm Tayar hadapan: 120/70ZR17M/C (58W) Tayar belakang: 190/55ZR17M/C (75W) Suspensi hadapan: Balance Free Front Fork 43 mm dengan kelongsong mampatan luar, pelarasan mampatan, lantunan dan pra beban spring (compression, rebound damping, spring preload) Suspensi belakang: Horizontal Back-link dengan penyerap gas BFRC lite, piggyback reservoir, pelarasan mampatan, lantunan dan pra beban spring (compression, rebound damping, spring preload) Brek hadapan: Cakera berkembar 'semi-floating' 330 mm, angkup Brembo M50 Monobloc Brek belakang: Cakera tunggal 220 mm, angkup tunggal piston aluminium Jarak roda: 1440mm Tinggi tempat duduk: 835mm Berat: 206kg (dengan ABS) Kapasiti tangki: 17L Harga: RM104,589 (dengan GST, tanpa insurans) [gallery ids="9865,9864,9863,9862,9861,9860,9859,9858,9857,9856,9855,9854,9853,9852,9851,9850,9849,9848,9847,9846"]