Bantuan banjir - Honda beri diskaun alat ganti 50%

oleh Careta.my|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Honda menjadi sebuah lagi syarikat yang tampil untuk memberi bantuan kepada pemilik kenderaan jenama tersebut yang terkesan akibat banjir dengan memberikan diskaun 50% terhadap alat ganti yang perlu ditukar. Syaratnya:
  • sah sehingga 10 Julai 2016
  • hanya untuk kenderaan yang dibeli dari pengedar rasmi Honda Malaysia
  • hanya untuk alat ganti OEM
  • alat yang ditukar diberikan jaminan enam bulan atau 10,000km
Caranya:
  • Periksa keadaan kenderaan
  • Buat laporan polis
  • Sediakan salinan atau dokumen asal 'cover note' insurans
  • buat panggilan ke pusat servis Honda berdaftar dan beritahu keadaan kenderaan anda
  • tunda kenderaan anda ke pusat servis untuk pembaikan
Hubungi 1-800-88-2020 atau layarii http://www.honda.com.my/service_maintenance/flood_programme untuk maklumat lanjut.