Alami dunia Continental hujung minggu ini - bukan hanya tayar

oleh Careta.my|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Bagi kebanyakan orang di Malaysia, Continental hanya dikenali sebagai jenama tayar yang terkemuka. Walaubagaimanapun, ia adalah lebih daripada itu, malah kilang Continental di Pulau Pinang awalnya dibuka pada tahun 1985 untuk mengeluarkan panel meter bagi kenderaan nasional pertama, Proton Saga. Dari situ, Continental Automotive Components Malaysia Sdn Bhd berkembang kepada pengeluaran pelbagai lagi alat automotif seperti suis tekanan minyak, penghantar tangki, pam minyak, regulator tekanan bahan api, injap pembersihan tangki, unit pengawal elektronik (ECU), penyuntik bahan api (injector), sistem pengurusan enjin dan pelbagai lagi. Untuk memberi peluang kepada orang ramai mengalami dunia Continental, syarikat itu mengadakan acara ‘Experience Continental’ di Central Atrium, Queensbay Mall, Pulau Pinang 19-22 Mei ini. Selain melihat lebih dekat produk Continental, pengunjung juga berpeluang bertemu dengan jurutera Continental dan juga kemungkinan untuk mengisi jawatan kosong dalam syarikat yang sudah beroperasi selama lebih 31 tahun di Malaysia tersebut.