Yamaha tawar Cafe Racer!

oleh Careta.my|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Jika anda merancang untuk membina sebuah motosikal unik bagi menyerlahkan ekspresikan keperibadian anda, Yamaha XV650 adalah  model yang tepat untuk bermula. Dalam masa peminat Malaysia sibuk memperkatakan tentang penawaran motosikal cafe racer, Hong Leong Yamaha Motor telah mengorak langkah terlebih dahulu secara rasmi untuk menawarkan model Yamaha XV950 Café Racer yang diimpot sepenuhnya (CBU). Diilhamkan dan dibina oleh pembina motosikal terkemuka dunia khusus buat Yamaha, XV950 Racer disasarkan untuk penunggang generasi hari ini yang bebas pemikirannya dan inginkan motosikal asas dan tersendiri yang sedia untuk penyesuaian citarasa individu mereka. Dengan enjin V-kembar yang berdayakilas tinggi, kedudukan menunggang sporti dan rupabentuk malar segar dan tak lapok dek zaman, XV950 Racer tampil berani membawakan gaya menunggang rendah dengan ciri pelumba kafe untuk menawarkan satu bentuk baru motosikal yang kental dan pengendalian ringan yang menidakkan kebiasaan. Umum seakan mengakui bahawa peraturan hanyalah dicipta untuk dilanggar...... XV950-WEB -OL Sedikit butiran lanjut model menarik ini:
  • Jentera sports warisan tersendiri
  • gaya asli dan abadi
  • kedudukan menunggang condong ke hadapan
  • reka bentuk kerusi tunggal termasuk sarung kerusi
  • muncung pelumba kafé dan hendal diapit
  • penutup sisi aluminium
  • enjin v-kembar sejukan udara 60 darjah berdayakilas tinggi
  • penyerap kejutan belakang gas dengan tangki simpanan
  • kerangka dwi-buaian untuk penampilan tak lapuk dek zaman
  • roda aloi tetuang 12-jejari
  • cakera brek 298mm gaya beralun dengan ABS
  •  jentera penampilan rendah v-kembar dengan penampilan pelumba kafe       
  • Model menarik ini ditawarkan dengan harga RM 55,000.00 termasuk GST.