Syarat AP Terbuka lindungi kepentingan pengguna

oleh Careta.my|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI)  akan menerima permohonan untuk menjadi syarikat yang layak diberi AP Terbuka bagi tahun 2017 mulai 23 Mei ini hingga 21 Jun 2016 ini. Borang permohonan rasmi dan butiran lanjut mengenai dasar baharu AP Terbuka boleh didapati di www.miti.gov.my. Semua dokumen sokongan yang lengkap diterima dalam tempoh tersebut akan dinilai dari segi kelayakan melalui proses pengauditan oleh juru audit bertauliah bebas. Kementerian telah menetapkan bahawa syarikat pemegang AP Terbuka sedia ada perlu memohon semula sebagai syarikat AP Terbuka. Di antara syarat kelayakan permohonan adalah Syarikat Sdn Bhd yang berstatus 100 peratus Bumiputera. Syarikat yang berminat juga harus mempunyai pengalaman dan sedang beroperasi dalam bidang penjualan dan pengedaran kenderaan (kereta, motosikal dan kenderaan perdagangan) minimum dua tahun serta memiliki kemudahan ruang pejabat dan bilik pameran yang bersesuaian yang telah sedia ada. Ia juga mempunyai keupayaan dari segi pengurusan dan kewangan untuk menjalankan perniagaan pengimportan, pengedaran dan penjualan kenderaan yang diimport melalui AP Terbuka yang dipohon. Syarikat juga perlu memberikan waranti setahun bagi kenderaan impot yang mereka jual, selain menawarkan servis lepas jualan samada secara sendiri atau melalui kerjasama dengan syarikat pengeluar kereta (OEM) jenama yang mereka impot. Ini dibuat bagi memastikan bahawa kepentingan pengguna adalah terlindung, dan jenama syarikat pengeluar juga terpelihara, terutama sekali apabila melibatkan penggilan semula (recall) kenderaan yang bermasalah khusus. Kerajaan telah mengumumkan pada 23 Disember tahun lepas, untuk meneruskan pelaksanaan dasar AP terbuka dengan melakukan beberapa penambahbaikan mulai awal tahun 2017. Dasar baharu turut merangkumi tindakan ke atas syarikat yang melanggar syarat dan juga pengauditan terhadap aliran keluar masuk stok pengimpot kenderaan setiap bulan, bagi menentukan aliran sebenar dan keperluan kelulusan AP untuk suku tahun selanjutnya . Langkah pengkajian semula kelulusan permohonan AP Terbuka ini dilihat mampu melindungi pembeli dalam mendapatkan kenderaan premium terpakai pada harga yang lebih kompetitif disamping memastikan pembelian mereka terjamin dari segi penyelenggaraan. Ia juga melindungi jenama pengeluar kenderaan yang mungkin terkesan kerana pengimpotan kenderaan jenama mereka yang tidak menepati kualiti dan mampu menjejaskan jenama tersebut. Pengguna juga akan mendapat kelebihan nilai wang dengan pembelian kenderaan pemasangan dalam negara CKD. Untuk melindungi kepentingan ini juga melindungi pelaburan pengeluar kenderaan OEM, pihak pengeluar kenderaan juga boleh memohon larangan pengimpotan model serta varian tertentu yang bakal dipasang dalam negara. Malah, pengeluar kenderaan juga seharusnya memohon larangan pengimpotan model model khusus yang nyata tidak sesuai dengan keadaan cuaca negara ini bagi melindungi jenama mereka. Kajian semula syarat syarat permononan AP Terbuka ini dibuat bagi ekonomi bumiputera dalam sektor automotif. Ia juga bertujuan bagi memastikan kesinambungan sumbangan janaan ekonomi AP Terbuka masakini agar tidak terjejas. Sektor kenderaan impot ini akan menjadi lebih tersusun bagi manafaat pembeli dengan perlaksanaan syarat syarat baharu yang akan dikenakan mulai tahun 2017 ini.