VW lancar Vento - harga dari RM79,888.

oleh Careta.my|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Volkswagen Malaysia hari ini melancarkan model terbaharu mereka, Vento.

Dahulunya dikenali sebagai Polo Sedan, Vento ini mempunyai pembaharuan yang menurut Volkswagen Malaysia sudah cukup untuk menjadikannya sebagai sebuah model lain, dan oleh itu namanya ditukar.

Bermaksud "angin" dalam bahasa Portugis dan Itali, Vento dipasang di kilang pemasangan kenderaan milik DRB-Hicom di Pekan, Pahang.

Untuk sesiapa yang membelinya dalam tempoh terdekat ini akan menikmati diskaun sebanyak RM2,000. Jaminan pula ialah lima tahun.

Vento juga mendapat kelulusan taraf 5-bintang daalam ujian perlanggaran Asean NCAP ( untuk varian Highline kerana datang lengkap dengan ESC).

[gallery columns="2" size="large" ids="9936,9937"]

Menurut Armin Keller, Pengarah Urusan Volkswagen Group Malaysia, komponen untuk kotak transmisi 7-kelajuan automatik DSG yang digunakan oleh Vento 1.2 TSI Highline telah diperbaiki dan ia sepatutnya lebih lasak dari dahulu.

Volkswagen juga telah meningkatkan kuantiti dan kualiti pusat servis mereka agar mampu menerima jumlah pengguna yang lebih ramai.

[gallery columns="2" size="large" ids="9938,9939"]

Datang dalam tiga varian, di bawah ialah spesifikasi ringkas dan juga harganya.

Vento 1.6 Trendline (RM79,888)

  • - Model paling mampu milik untuk Volkswagen di Malaysia
  • - Enjin: 1.6L Multi-point injection non turbo
  • - Prestasi: 104 hp dan 153 Nm
  • - Transmisi: 6-kelajuan automatik
  • - Penggunaan minyak: 6.5L/100km
  • - Tayar: 185/60 R15
  • - Stereng berkuasa elektrik (speed sensitive)
  • - Dua beh udara hadapan
  • - Radio 220G dengan USB, slot kad SD, input AUX dan 4 pembesar suara

Vento 1.6 Comfortline (RM86,888)

  • - Model pertengahan untuk Vento
  • - Enjin: 1.6L Multi-point injection non turbo
  • - Prestasi: 104 hp dan 153 Nm
  • - Transmisi: 6-kelajuan automatik
  • - Penggunaan minyak: 6.5L/100km
  • - Tayar: 185/60 R15
  • - Stereng berkuasa elektrik (speed sensitive)
  • - Pendingin hawa Climatronic
  • - Corong pendingin hawa belakang
  • - Cruise control
  • - Driver's armrest
  • - Empat beg udara - hadapan dan sisi
  • - Radio 320G dengan USB, slot kad SD, input AUX, interface Ipod, Bluetooth dan 4 pembesar suara
  • - Sistem tingkap berkuasa kawalan jauh
  • - Pakej chrome untuk kabin

Vento 1.2 TSI Highline (RM93,888)

  • - Model paling premium untuk Vento
  • - Enjin: 1.2L Direct Injection Turbo
  • - Prestasi: 104 hp dan 175 Nm
  • - Transmisi: 7-kelajuan automatik DSG
  • - Penggunaan minyak: 5.5L/100km
  • - Tayar: 215/45 R16
  • - Stereng berkuasa elektrik (speed sensitive)
  • - Pendingin hawa Climatronic
  • - Corong pendingin hawa belakang
  • - Cruise control
  • - Driver's armrest
  • - Empat beg udara - hadapan dan sisi
  • - ESC - Electronic Stability Control
  • - Radio 320G dengan USB, slot kad SD, input AUX, interface Ipod, Bluetooth dan 4 pembesar suara
  • - Sistem tingkap berkuasa kawalan jauh
  • - Pakej chrome untuk kabin
  • - Roda aloi Syenit 16-inci
[gallery size="large" ids="9940,9941,9942,9943,9944,9945,9946,9947,9948,9949"]