Vento 1.2 diiktiraf 5-Bintang ASEAN NCAP

oleh Careta.my|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Program Penilaian Kereta Baru Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN NCAP) telah membuat penilaian terhadap Volkswagen Vento yang baru dilancarkan.  Vento ini ditetapkan untuk menggantikan Polo Sedan dalam pasaran Malaysia. Vento varian 1.2 yang dilengkapi dengan Kawalan Kestabilan Elektronik (ESC) telah dianugerahkan penarafan 5-Bintang, sementara varian 1.6 pula menerima penarafan 4-Star bintang kerana ketiadaan ESC. Vento Asean ncap Ujian kemalangan depan menyasar (offset frontal crash test) telah turut dijalankan dengan patung ujian kemalangan (Hybrid III persentil ke-50 - lelaki) pada kedua dua kerusi pemandu dan penumpang hadapan dan juga dua patung kanak-kanak (P3 dan P1.5) di dalam sistem sekatan kanak-kanak (child restraint system CRS) dalam kereta ujian yang bergerak pada kelajuan  63 km/j apabila ia mencecah halangan kemalangan (halangan aluminium merenyuk). Hasil daripada sensor yang dipasang di dalam patung dan pada badan kereta akan dianalisis dan dikelaskan mengikut kawasan tubuh manusia. Hasil untuk penghuni kanak-kanak adalah berdasarkan kepada CRS yang digunakan dalam ujian serta tahap kecederaan yang dibaca oleh sensor dalam patung P3 berusia 3 tahun dan dan dan patung kanak-kanak P1.5  mewakili bayi berusia 18 bulan.