BHPetrol rasmi pembukaan stesen minyak di Bandar Baru Salak Tinggi

oleh Mohamad Hanif|
Syarikat BHPetrol baru-baru ini telah pun melancarkan pembukaan stesen minyak terbaharunya, terletak di Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang, Selangor.
AION MREC Banner Campaign May 2024

Stesen minyak tersebut terletak di laluan utama antara Nilai-KLIA, di mana ia merupakan stesen BHPetrol yang ke-74 di dalam Selangor dan telah pun beroperasi sejak 12 Januari yang lepas.
 

bhp


Majlis pembukaan stesen BHP Bandar Baru Salak Tinggi itu dirasmikan oleh Datuk Azman bin Mohd Yusof selaku Ketua Setiausaha KPDN, dan turut dihadiri oleh Ir. Azizul Azily Ahmad, Ketua Pegawai Eksekutif BHPetrol; Datuk Azman Adam, Ketua Pengarah Penguatkuasa KPDN; Fardzi Shah Razali, Ketua Pegawai Operasi BHPetrol serta Mohamed Asri bin Jaafar selaku pengusaha stesen minyak tersebut.
 

bhp


Turut diraikan dalam majlis tersebut ialah anak-anak yatim dari Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM (JHEV), serta diserikan dengan persembahan daripada band ATM dan artis terkenal Aliff Satar.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
“Mereka akan dituduh mengikut Seksyen 336 Kanun Keseksaan (perbuatan yang membahayakan nyawa atau…
Berita Domestik
Ketua Polis Daerah Kangar, Asisten Komisioner Yusharifuddin Mohd Yusop berkata, siasatan awal…
Berita Domestik
"Hasil siasatan mendapati klip video tersebut telah tular melalui laman sosial X dan telah dimuat…