BMW, Mercedes mahu wujud jaringan pengecasan pantas di China

oleh Mohamad Hanif|
Syarikat automotif BMW dan Mercedes-Benz mengumumkan kerjasama 50:50 untuk mewujudkan jaringan stesen pengecasan pantas berkuasa tinggi di negara China.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Kerjasama yang terbentuk antara Mercedes-Benz Group China dan BMW Brilliance Automotive itu dijangka akan mendirikan sekurang-kurangnya 1,000 stesen pengecasan dan kira-kira 7,000 tiang pengecasan menjelang akhir 2026.

Stesen pengecasan pertama bakal dibuka pada tahun 2024 di beberapa rantau utama pasaran kenderaan tenaga baharu (NEV) di sana.

Menariknya, jaringan pengecasan ini boleh diakses oleh semua pemilik kenderaan elektrik.

Sementara pemilik model EV Mercedes-Benz dan BMW pula dijangka akan mendapat akses eksklusif termasuklah tempahan slot dalam talian.

Perincian berkenaan spesifikasi pengecas yang akan digunakan masih lagi dirahsiakan, namun pihak berkenaan mengesahkan mereka akan menggunakan teknologi pengecasan termaju untuk setiap stesen yang didirikan.

Sumber: SCMP

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Perkongsian strategik ini menyediakan pentas bagi kesediaan NAZA Auto untuk menjadi pemain yang…
Berita Domestik
Beliau berkata terdapat sasaran 10,000 kemudahan pengecasan EV di seluruh negara menjelang tahun…
Berita Domestik
Tesla bekerjasama dengan Gamuda Land untuk membangunkan kawasan perlindungan alam semula jadi,…