Roadster offroad pertama dari BMW ini kekal sebagai konsep sahaja tetapi ia memang sangat sinonim dengan era pertengahan 1990-an.
Di waktu ketika ramai mahu memiliki motosikal enduro dan mengembara di kawasan berhutan, konsep Z18 ini khusus untuk mereka yang mahukan sedikit kemewahan dan pemanduan sporty sambil masih boleh masuk ke kawasan offroad.