BSH Perkenal Honda CRF250 Rally & CRF250L 2017 - RM28K & RM24K

oleh Muhammad Md Tajudin|
Honda CRF250 Rally
Honda CRF250 Rally
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Boon Siew Honda Sdn Bhd (BSH) terus melangkah bagi menguasai semula pasaran motosikal dengan melancarkan pelbagai model baharu dan versi kemaskini.

Terbaru BSH melancarkan dua motosikal dalam niche tersendiri iaitu CRF250L dan CRF250 Rally 2017 serba baharu.

Motosikal ini dipasarkan bagi memenuhi kehendak penggemar motosikal pengembaraan ringan yang menginginkan keseronokan tunggangan di atas jalan raya dan off-road bagi kembara hujung minggu, pengembaraan selain praktikal untuk kegunaan harian.

Honda CRF250L

 

Honda CRF250L

 

Honda CRF250L dilancarkan pada tahun 2012 di pasaran seluruh dunia termasuk Malaysia. Ia popular sebagai motosikal kedua dan menarik perhatian penunggang muda kepada Honda yang menggunakannya sebagai alternatif yang bergaya berbanding sebuah skuter.

Dengan gayaan yang diambil terus daripada jentera CRF250R, motosikal ini teguh, praktikal dan sesuai sama ada di dalam bandar mahupun denai.

Model ini dikuasai oleh enjin DOHC silinder tunggal Euro 4 penyejuk cecair 249cc. Kuasa maksimum ialah 18.2kW pada 8,500rpm dengan tork puncak 22.6Nm pada 6,750rpm.

Sistem PGM-FI dirombak dengan beberapa peralatan baharu seperti throttle body, kotak udara, tiub penyambung dan ekzos yang lebih ringan.

 

Honda CRF250L

 

Tangki minyak dengan kapasiti 7.8L (termasuk simpanan 1.8L) berupaya memberikan jarak perjalanan lebih jauh berbanding pesaing dengan penggunaan bahan api pada kadar 33.3km/l (mod WMTC).

Isian tangki penuh dikatakan boleh menjangkau lebih dari 250km.

Model ini turut dilengkapi ABS dwi-sistem (2 channel) sebagai ciri standard dengan pilihan untuk mematikan ABS pada brek belakang.

Honda CRF250L dipasarkan pada harga RM 24,378.94. Jumlah itu termasuk GST tetapi tidak termasuk cukai jalan, insurans dan pendaftaran.

Ia didatangkan dengan jaminan pengilang selama dua tahun atau jarak 20,000km (yang mana terdahulu).

Honda CRF250 RALLY

 

Honda CRF250 RALLY

 

Model CRF250 Rally ini tampil dengan tema “Weekend Adventure (Pengembara Hujung Minggu). Ia berada dalam segmen dua fungsi (dual purpose) 250cc untuk tunggangan pengembaraan yang ringan dan mudah dijaga.

CRF250 RALLY menggunakan CRF250L sebagai asas dan inspirasi penampilan daripada jentera perlumbaan CRF450 RALLY.

Di bahagian depan, paparan, fairing dan penutup radiator memberikan perlindungan terhadap angin dan bahagian lain memaparkan gaya MX yang minimum.

Lampu depan pula bersaiz kompak jenis dwi-LED berbentuk asimetrik dengan lampu isyarat belakang LED serta braket nombor plat tidak menonjol.

 

Honda CRF250 RALLY

 

Prestasi enjin DOHC lejang tunggal penyejukan cecair 250cc ditala untuk memberi tumpuan pada tork dalam kelajuan enjin rendah dan kuasa rpm tinggi. 

Kapasiti tangki minyak agak besar iaitu 10.1L (termasuk simpanan 1.6L) dengan perjalanan sehingga lebih 320km pada kadar penggunaan minyak 33.3km/l (mod WMTC).

Motosikal ini turut dilengkapi sistem ABS dengan pilihan untuk mematikannya pada brek belakang

Honda CRF250 Rally ditawarkan pada harga RM 28,618.94. Harga tersebut termasuk GST tanpa cukai jalan, insurans dan pendaftaran. Ia didatangkan dengan jaminan pengilang selama dua tahun atau jarak 20,000km (yang mana terdahulu).

Penulis: Muhammad Md Tajudin

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Program ini adalah untuk meraikan bulan Ramadan melalui perkongsian rezeki untuk memperkukuh…
Berita Domestik
Ramai sedia maklum dengan isu yang dihadapi oleh model RS-X pada awal pelancarannya, dikatakan…
Model Terbaharu
Warna baharu itu boleh didapati di semua pengedar Honda sah seluruh negara bermula 24 November 2023…