Fasa 2 Lebuhraya SUKE dibuka bermula 16 Jun 2023

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Sebentar tadi bertempat di Plaza Tol Alam Damai, Fasa 2 bagi Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi - Ulu Kelang (SUKE) telah dirasmikan oleh Menteri Kerja Raya, Dato Sri Alexander Nanta Linggi.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Fasa 2 SUKE melibatkan baki jajaran utama sepanjang 7.8 km bermula dari Sri Petaling, Lebuhraya Shah Alam (KESAS) hingga persimpangan Cheras-Kajang yang dibuka secara rasmi bermula 12.01 am, 16 Jun 2023.

 

2

 

Pembukaan Fasa 2 juga didatangkan dengan satu plaza tol iaitu Plaza Tol Alam Damai yang akan beroperasi secara percuma selama dua minggu bermula 12.01 am, 16 Jun hingga 11.59 pm, 29 Jun.

Melalui pembukaan Fasa 2 SUKE, pengguna kini boleh memanfaatkan keseluruhan jajaran utama Lebuhraya SUKE sepanjang 24.4 km dari Sri Petaling ke Ulu Kelang.

 

3

 

Lebuhraya SUKE merupakan rangkaian lebuhraya yang menghubungkan lima lebuhraya lain iaitu Lebuhraya Shah Alam (KESAS), Lebuhraya Sungai Besi (BESRAYA), Lebuhraya Kuala Lumpur - Seremban, Lebuhraya Cheras - Kajang (Grand Saga), Lebuhraya Hubungan Timur - Barat KL dan Lebuhraya Salak

Pembukaan Fasa 2 melengkapkan objektif utama Lebuhraya SUKE untuk mengurangkan kepadatan trafik khususnya di sepanjang Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2).

 

4

 

Ia dijangka untuk membantu menampung sebabagian trafik yang lazimnya melalui MRR2 dan memendekkan masa perjalanan dari Sri Petaling ke Ulu Kelang sehingga 25 minit, berbanding 75 minit melalu i laluan sedia ada.

Secara keseluruhan, projek Lebuhraya SUKE telah mencapai kemajuan pembinaan sebanyak 99.54 peratus, dimana satu lagi persimpangan iaitu Jalan Surus Jalan Alam Damai masih dalam pembinaan dan dijangka siap dalam suku ketiga tahun ini.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Memetik laporan Astro Awani semalam, golongan belia di sekitar daerah tersebut tidak perlu…
Pelancaran
Pusat 3S baharu yang beralamat di Wisma Yusmanida, Lot 28808, Persiaran E1/1, Seri Pristana, 47000…
Berita Domestik
Honda Malaysia hari ini telah membuka satu lagi pusat 3S baharu di Skudai, Johor yang dikendalikan…