FedEx cipta rekod merentas sempadan Malaysia-Singapura gunakan EV

oleh Firdaus Razani|
Syarikat pengangkutan ekspres terbesar di dunia, FedEx Express baru-baru ini telah mencipta rekod dalam melaksanakan penghantaran pakej rentas sempadan pertama dari Malaysia ke Singapura menggunakan kenderaan elektrik (EV).
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Percubaan itu telah diiktiraf oleh Malaysian Book of Records untuk "Penghantaran Rentas Sempadan Sifar Pelepasan Pertama".

Ia juga menggariskan matlamat syarikat untuk mencapai operasi neutral karbon menjelang 2040.

Pada 27 Februari 2024, perjalanan yang menjangkau jarak 406 kilometer itu bermula dari stesen FedEx di Shah Alam dan berakhir di kemudahan FedEx di Lapangan Terbang Changi di Singapura.

 

fedex

 

Keseluruhan perjalanan hanya memerlukan sekali pengecasan sahaja di Johor dan ia menunjukkan kira-kira 100 kilogram pengurangan pelepasan CO2 jika dibandingkan dengan van berkuasa diesel.

Pengarah urusan FedEx Express Malaysia, Tien Long Woon berkata “Rekod itu melambangkan cita-cita kami untuk menjadi perintis dalam pengawasan alam sekitar dan komitmen kami untuk menerajui pembangunan penyelesaian logistik yang mesra alam.

“Penyepaduan EV ke dalam operasi kami akan membantu memenuhi pilihan pelanggan kami yang sentiasa berubah." katanya.

FedEx menggunakan pendekatan yang diperoleh daripada percubaan ini untuk menilai keberkesanan operasi bagi operasi pengambilan dan penghantaran rentas sempadan masa hadapan.

Ia dilihat penting dalam membentuk masa depan operasinya, yang bukan sahaja akan memberi manfaat kepada alam sekitar, tetapi juga meningkatkan kecekapan syarikat.

Sebagai tambahan kepada elektrifikasi kenderaan, FedEx mempunyai pendekatan yang disesuaikan untuk pengurusan sumber yang cekap dan bertanggungjawab bagi kedua-dua operasi udara dan daratnya.

Ia adalah sebahagian daripada strategi kemampanan FedEx, yang memfokuskan pada tiga R: Reduce, Replace, Revolutionize.

Usaha khusus itu termasuk inisiatif penjimatan bahan api, pelaburan dalam tenaga boleh diperbaharui, dan pelaksanaan penyelesaian pembungkusan yang mampan.

FedEx turut melancarkan alat laporan pelepasan karbon, FedEx® Sustainability Insights, yang memberikan pelanggan akses kepada maklumat pelepasan karbon melalui penghantaran mereka dalam rangkaian FedEx.

Pelanggan FedEx juga boleh menggunakan data untuk membantu membuat keputusan mengenai strategi penghantaran masa depan mereka untuk mengurangkan kesan mereka kepada alam sekitar.

Berita Berkenaan

Berita Global
Pesawat itu, yang terbang dari Lapangan Terbang Paris Charles de Gaulle, memaklumkan menara kawalan…
Berita Domestik
Inisiatif ini merupakan sebahagian daripada pendekatan yang digunakan oleh FedEx untuk mengurangkan…