FedEx mula program percubaan hantar barang rentas sempadan Malaysia-Singapura guna EV

oleh Mohamad Hanif|
FedEx Express, sebuah syarikat subsidiari FedEx Corp mengumumkan program percubaan penghantaran barangan rentas sempadan Malaysia-Singapura menggunakan kenderaan elektrik (EV).
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Inisiatif ini merupakan sebahagian daripada pendekatan yang digunakan oleh FedEx untuk mengurangkan kesan jejak karbon, selain mempromosikan logistik yang lebih mampan.

Program percubaan ini merangkumi jarak 406 km dari stesen FedEx di Shah Alam menuju ke fasiliti FedEx di Lapangan Terbang Changi, Singapura dengan menggunakan van kargo berkuasa elektrik Maxus eDeliver 7, dengan sasaran pengurangan emisi CO2 paip ekor sehingga 100 kg berbanding van berkuasa diesel.

Hasil dapatan daripada program ini akan digunakan oleh FedEx untuk membentuk operasi masa depan yang bukan sahaja memberikan manfaat kepada alam sekitar, ia juga dapat membantu meningkatkan tahap kecekapan armada dalam usaha menawarkan perkhidmatan yang cemerlang kepada para pelanggannya.
 

EV


Pelaksanaan program percubaan ini menandakan satu pencapaian baharu buat FedEx dalam usaha untuk mengubah armada pengambilan dan penghantaran global kepada kenderaan sifar emisi sepenuhnya menjelang tahun 2040.

Maxus eDeliver 7 dibekalkan dengan motor elektrik tunggal berkuasa 201 hp dan 330 Nm, dipadankan dengan pilihan pek bateri berkapasiti 77 kWh (jarak 318 km), atau pek bateri berkapasiti 88 kWh yang mampu menawarkan jarak gerak sejauh 370 km.

Van kargo elektrik ini menyokong pengecasan AC sehingga 11 kW dengan pengecasan sehingga 100 peratus SoC dalam masa sehingga 9.3 jam, sementara pengecasan pantas DC 90 kW pula membolehkan bateri dicas 20-80 peratus dalam masa 43 minit saja.
 

ev


Kapasiti kargo pula adalah sebesar 5.9 meter padu (5,900 liter), di mana van ini mampu menampung beban muatan sehingga 1,200 kg.

Pada bulan Mei tahun lepas (2023), FedEx Malaysia telah menambah dua buah kenderaan elektrik (EV) untuk tugasan pengambilan dan penghantaran barangan di sekitar Lembah Klang.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Percubaan itu telah diiktiraf oleh Malaysian Book of Records untuk "Penghantaran Rentas Sempadan…