Kempen membeli UMW Toyota Motor Sdn Bhd (UMW Toyota) kali ini memang mengejutkan kerana UMW Toyota menyediakan hadiah-hadiah dengan nilai sehingga RM1 juta!
Kempen Toyota RM1,000,000 Bonanza yang bermula dari 1 Oktober sehingga 31 Disember 2017 ini menyaksikan hadiah-hadiah termasuk tiga unit Toyota Camry 2.5L Hybrid sebagai Hadiah Utama dan 100 unit henfon pintar bernilai RM5,000 setiap satu.
Selain dari itu, bulan Oktober turut melihat rebat sehingga RM7,000 untuk model-model terpilih dan aksesori berguna bernilai sehingga RM5,790 turut diberikan percuma.
UMW Toyota juga memberikan servis percuma termasuk alat ganti sehingga tiga tahun untuk model-model tertentu.
Tak cukup lagi?
Bagi yang mahukan bantuan kewangan, UMW Toyota mempunyai tawaran menarik melalui Toyota Capital seperti pelan bayaran 2-Peringkat untuk pembayaran bulanan yang rendah bagi graduan-graduan dan juga pelan kewangan Toyota Drive di mana ia membolehkan pelanggan berjimat dengan lebih banyak.
Kunjungi dewan pameran UMW Toyota di Kelantan dan Trengganu pada 6 dan 7 Oktober atau 7 dan 8 Oktober di negeri-negeri lain untuk aktiviti hujung minggu bersama UMW Toyota seperti sesi pandu uji, aktiviti untuk kanak-kanak dan juga makanan ringan.