PCX menggunakan enjin global JF81E (124cc) dan KF30E0 (149cc) yang masing-masing mempunyai kuasa 12 PS dan 15 PS pada 8,500 rpm. Daya kilas pula 12 Nm pada 5,000 rpm dan 15 Nm pada 6,500 rpm.
Enjin Enhanced Smart Power (eSP) itu antara lain menggunakan teknologi penghidup ACG yang menjana AC yang sama untuk menghasilkan elektrik dan mengecas bateri sambil dipandu.
Hasilnya PCX tidak memerlukan motor penghidup konvensional dan tiada bunyi 'gear bergesel' seperti biasa. Turut digunakan ialah sistem suntikan minyak Programmed Fuel Injection (PGM-FI) yang lebih cekap berfungsi.
Untuk kadar penggunaan minyak, dengan dua penunggang PCX 125 boleh bergerak sehingga 54.6 km dan PCX 150 pula 52.9 km untuk seliter petrol. Setangki penuh boleh diisi dengan lapan liter petrol.
Dari segi berat, PCX 125 hanya berkurang satu kilogram berbanding PCX 150 pada 131 kilogram.
Honda merancang untuk menjual 3,000 unit PCX dan 1,200 unit PCX150/150 ABS sebulan dan berikut ialah harga skuter edisi istimewa itu di Jepun:
Honda PCX Matte Ion Blue Metallic dan Mate Galaxy Black Metallic
- PCX 125 - JPY352,000 (RM13,322)
- PCX 150 - JPY383,900 (RM14,529)
- PCX 150 ABS - JPY405,900 (RM15,361)
Penulis: Muhammad Md Tajudin