Kempen ini merangkumi E 400 4MATIC, E 450 4MATIC dan Mercedes-AMG E 63 S dimana kesemua model yang disebutkan itu mempunyai satu persamaan masalah yang sama - spoiler mudah tercabut.
Difahamkan, cagak pemasangan spoiler tailgate yang terdapat pada sesetengah model tersebut mungkin tidak dipasang dengan teliti mengakibatkan ia mudah tercabut dan membahayakan kenderaan serta pejalan kaki.
Ikut kata NHTSA, pemilik akan dapat mendengar bunyi detakan yang kuat ketika memandu sebelum sampai masa untuk spoiler tersebut tercabut dan meninggalkan kereta E-Class mereka....
Walaubagaimanapun, kempen ini hanya tertakluk kepada pasaran Amerika Syarikat di mana ia sudah pun bermula pada 18 Oktober yang lalu.