Kali ini, ia tidak sahaja melibatkan Toyota GR Supra, akan tetapi hampir kesemua model-model BMW tahun pengeluaran 2018 dan ke atas, serta beberapa model Rolls-Royce seperti Cullinan dan Phantom.
Masalah perisian kamera belakang yang tidak berfungsi dengan baik adalah sebab utama kempen panggil semula di mana terdapat kemungkinan kadar kecerahan dan kontras kamera yang tidak bersesuaian.
Ini menyebabkan pengguna sukar melihat dengan lebih jelas imej ketika sedang mengundurkan kenderaan, dan tambah teruk apabila kadar tetapan ini kekal tidak berubah walaupun setelah enjin dimatikan dan dihidupkan buat kali kedua.
Kesemua 257,481 buah kenderaan akan dipanggil untuk menaiktaraf sistem perisian bagi mengubah kadar kecerahan dan kontras seperti sedia kala.
Isu ini timbul apabila NHTSA mengesan sebuah kes yang wujud pada BMW X4 2019, dan pejabat tersebut terus menghubungi BMW pada 15 Mei bagi mendapatkan kepastian sebelum mengeluarkan panggilan semula.
Berikut merupakan senarai model yang dipanggil semula oleh NHTSA:
MODEL | TAHUN |
---|---|
330I | 2019-2020 |
530E | 2018-2020 |
530I | 2018-2020 |
540D | 2018 |
540I | 2018-2020 |
640I | 2018-2019 |
740LE | 2019-2020 |
740LI | 2019-2020 |
745LE | 2019-2020 |
750LI | 2019-2020 |
840I | 2019-2020 |
M340I | 2019-2020 |
M5 | 2018-2020 |
M550I | 2018-2020 |
M850I | 2019-2020 |
X3 | 2018-2020 |
X4 | 2019-2020 |
X5 | 2019-2020 |
X6 | 2019-2020 |
X7 | 2019-2020 |
Z4 | 2019-2020 |
Rolls-Royce Cullinan | 2019 |
Rolls-Royce Phantom | 2018-2019 |
Toyota Supra | 2020 |