Keputusan pertandingan Proton 1-Tank Adventure Kawasan Tengah

oleh SALINA JALIL|
Pertandingan peringkat pertama Proton 1-Tank Adventure untuk Kawasan Tengah (central) telah berakhir pada 18 Julai 2018 dengan penyertaan sebanyak 18 buah kereta serta 36 orang peserta dan kesemua telah berjaya menamatkan pemanduan sejauh 640km dengan hanya satu tangki minyak.


Kenderaan yang dipandu untuk acara ini adalah Proton Saga 1.3 CVT, Persona 1.6 CVT dan Iriz 1.3 CVT dan telah disertai oleh rakan media, selebriti terkenal, ‘Key Opinion Leaders’, dan orang awam dan bermula pemanduan dari Ibu pejabat Proton di “Centre of Excellence” (COE), Subang Jaya ke Ipoh dan kembali ke Setia Gemilang Auto iaitu cawangan pengedar Proton bertaraf 4S yang terletak di Shah Alam hanya dengan satu tangki minyak.
AION MREC Banner Campaign May 2024

Para peserta bebas untuk menggunakan kreativiti masing-masing semasa memandu tanpa menetapkan sebarang halangan pemanduan terhadap mereka. 

Perjalanan bermula di lebuhraya di mana para peserta memandu pada kelajuan di antara 60 km/j hingga 100 km/j mengikut keselesaan masing-masing. Laluan yang dipilih untuk ke Ipoh adalah melalui Kuala Selangor, Teluk Intan, Bukit Gantang R & R, Weil Hotel, Istana Kellie sebelum pulang ke Taman Ekspo Agro Malaysia (MAEPS). 

Selain daripada itu, para peserta juga diberikan kebebasan untuk menikmati masakan tempatan yang terkenal seperti Mee Udang Galah, Mee Rebus Mastan Ghani, Nasi Vanggey dan durian di sepanjang jalan.

Untuk menyukat penggunaan minyak dengan tepat, para peserta digalakkan untuk memandu tanpa penghawa dingin dan tanpa mengeluarkan apa-apa alat keselamatan (seperti tayar ganti). 

 

Keputusan yang telah dicapai dengan hanya satu tangki minyak untuk 640 km dan disahkan oleh MSF (Malaysia Speed Festival) adalah seperti berikut:-

1. Kategori awam diketuai oleh Saga 1.3 CVT pada 3.57L/ 100km (purata penggunaan minyak dalam kumpulan Saga adalah 4.5L / 100km)

2. Persona 1.6 CVT pada 4.00L/100km (purata penggunaan minyak dalam kumpulan Persona adalah 5.09L/100km)

3. Iriz 1.3 CVT pada 4.75L/100km (purata penggunaan dalam kumpulan Iriz adalah 5.55L / 100km)


Aktiviti terakhir sebelum garis penamat adalah aktiviti pemanduan dinamik di mana para peserta berpeluang merasai pengalaman menaiki kereta Proton yang mempunyai ciri-ciri keselamatan aktif ASEAN-5 Bintang untuk model Persona dan Iriz, seperti Kawalan Kestabilan Elektronik (ESC) dengan Kawalan Kestabilan Traksi (TC), dan Sistem Pengunci Anti-Kunci (ABS).

 

1-tank



Tiga buah kereta yang digunakan dalam aktiviti tersebut adalah seperti berikut:

1. Saga: Jimat, Stabil, Luas

2. Persona: Prestasi, Praktikal, Keselamatan Terbukti

3. Iriz: Keselamatan Bertenaga, Pemanduan Responsif, Reka Bentuk yang Diperbaiki


Pendaftaran telah ditutup untuk pusingan seterusnya ke kawasan Selatan, tetapi pengambilan untuk pusingan kawasan Utara masih dibuka. Untuk maklumat lanjut serta terma dan syarat, sila lawati laman Facebook rasmi https://www.facebook.com/ProtonCarsOfficial

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Anjuran peraduan teka nama model EV pertama Proton adalah memberi bayangan bahawa EV pertama di…
Kereta
Setelah empat tahun berlalu, kami di Careta telah meminjam sebuah Proton X70 varian 1.8 TGDI…
Berita Domestik
Jualan bagi empat bulan pertama tahun 2024 juga meningkat kepada 50,175 unit, lebih tinggi daripada…