Kereta wanita ini memiliki tunggakan 117 saman sejak 2017!

oleh Mohamad Hanif|
Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) mengunci tayar kereta milik seorang wanita di bandar ini selepas didapati memiliki 117 saman tertunggak berjumlah RM4,983 sejak 2017.
AION MREC Banner Campaign May 2024

Ketua Seksyen Perhubungan Awam dan Korporat MPK, Nor Kamawati Kamal berkata, kereta berkenaan pernah dua kali dikunci tayar sebelum ini kerana kesalahan yang sama.

"Namun sebelum ini pun wanita tersebut hanya membayar pelepasan kunci tayar dan tidak membayar saman yang tertunggak berkenaan.

"Jadi kita ambil tindakan mengunci kereta berkenaan dan seterusnya meneruskan tindakan mahkamah. Setakat in wanita itu hanya membayar sebahagian tunggakan saman berkenaan," katanya dalam satu kenyataan media di sini hari ini.

Sementara itu, beliau berkata, bermula Isnin lalu, MPK telah melaksanakan sistem i-Sekat, iaitu sekatan kepada individu atau syarikat yang mempunyai tunggakan yang tidak dijelaskan dengan MPK.

"Mereka yang mempunyai sebarang tunggakan termasuk tunggakan cukai taksiran, sewaan dan kompaun pelbagai kesalahan, akan menghadapi risiko terhalang untuk mendapatkan perkhidmatan atau membuat sebarang urusan dengan MPK.

"Ini termasuk dalam urusan permohonan permit perniagaan atau penganjuran bazar Ramadan, pembelian dan pengemukaan dokumen tender dan penyewaan premis majlis.

"Sekatan tersebut hanya akan dibatalkan sehingga tunggakan tersebut jelaskan sepenuhnya," katanya.

Sumber: FB Kerajaan Negeri Pahang

Berita Berkenaan

Informasi
"Selain itu, untuk membuktikan pokok terbabit tidak diselenggara dengan baik oleh PBT juga agak…
Berita Domestik
"MPV SL 63 menghampiri dua lelaki tersebut dan mengarahkan untuk menghentikan motosikal yang…
Berita Domestik
Beliau berkata, tindakan tiga lelaki berusia antara 52 hingga 54 tahun itu terbongkar melalui…